Peta 5G

Rangkaian 5G selular di dunia

no signal icon

Kemaskini terakhir :

Bagaimana peta nPerf berfungsi?

Dari mana asalnya data-data ni?

Data-data dikumpulkan dari ujian yang telah dilakukan oleh pengguna app kami sendiri. Ujian ini dijalankan terus dari lokasi mereka! Sekiranya anda berminat, jom muat turun app nPerf sekarang juga. Lagi banyak data yang dapat kami kumpul, lagi mantap peta kami nanti!

Bagaimana kami update?

Peta liputan rangkaian akan dikemas kini oleh bot secara automatik pada setiap jam. Kelajuan peta dikemas kini setiap 15 minit . Data dipaparkan selama dua tahun. Selepas itu, data paling lama akan dibuang dari peta setiap bulan.

Sejauh mana ketepatan dan kebernasannya?

Ujian dilakukan pada peranti pengguna. Ketepatan geolokasi bergantung pada kualiti penerimaan isyarat GPS pada masa ujian dijalankan. Untuk data liputan, kami hanya dapat menjalankan ujian dengan geolokasi yang maksimum tepat 50 meter . Untuk bitrate muat turun, ambang (threshold) ini dapat mencapai sehingga 200 meter.

Bagaimana saya boleh mendapatkan data primer?

Adakah anda ingin mendapatkan data liputan rangkaian atau hasil ujian nPerf (bitrate, latensi, melayari internet, video strim) dalam bentuk format CSV lepastu nak guna sesuka hati? Tiada masalah! Hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga sekarang.

Adakah 'PRO tool' membolehkan untuk melihat gambaran peta liputan?

Ya. Tujuan platform ini dibangunkan adalah untuk pengendali mudah alih sedia ada. Ianya telah digabungkan bersama kokpit yang sedia ada termasuk perangkaan analisa internet dari semua operator dalam sesebuah negara, serta memberikan akses untuk memantau hasil ujian kepantasan dan data liputan. Data-data ini boleh diperolehi dengan menyaring mengikut teknologi (tiada liputan, 2G, 3G, 4G, 4G+, 5G) menerusi pelarasan jangka masa (contohnya 2 bulan terakhir). Platform ini antara yang terhebat dari segi mengesan penggunaan teknologi baru, memantau pesaing lain serta mengenal pasti kawasan yang mempunyai liputan yang lemah.

Bagaimana dengan peta liputan nPerf 5G?

Vokasi ini berbeza dari peta tradisional liputan yang diterbitkan oleh nPerf.
Semestinya ini membolehkan anda mengikuti penggunaan progresif 5G di dunia, dengan kualiti liputan yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, terdapat kawasan tertentu di mana 5G telah dikesan, tidak semestinya ianya telah didaftarkan secara komersial. Sebelum ini, ujian teknikal dilakukan oleh pengendali dan subkontraktornya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai liputan 5G oleh pengendali, lihat peta tradisional nPerf .

Mengenai pengumpulan pengukuran 5G, ia dilakukan dengan cara yang sama seperti teknologi sebelumnya oleh pengguna Aplikasi kami, bezanya bahawa pengguna ini harus dilengkapi dengan telefon bimbit dan kad SIM 5G... Oleh itu, pengukuran ini dilakukan dalam keadaan sebenar, terus dari lapangan. Sekiranya ingin turut serta dalam pembaikan peta nPerf 5G ini, anda perlulah memuat turun aplikasi nPerf pada telefon pintar setelah dilengkapi dengan telefon bimbit dan kad SIM 5G. Semakin banyak data disumbangkan, makin lengkaplah peta kami!